Komputer Apple lle


A Apple IIe
Apple IIe ialah model ketiga dalam siri komputer peribadi Apple II yang dikeluarkan oleh syarikat Apple Computere dalam namanya membawa pengertian enhanced dalam bahasa Inggeris, iaitu tertingkat, dan merujuk kepada sebilangan ciri yang popular yang kini dibina ke dalam komputer. Sebelum pengenalan komputer Apple IIe, ciri-ciri tersebut hanya dibekalkan sebagai tingkatan atau tokokan. Syarikat Apple juga memperbaik kebolehkembangannya serta juga menambah sebilangan ciri yang baharu yang bersama-sama menghasilkan sebuah mesin serba guna yang amat menarik. Apple IIe ialah komputer yang paling lama hayatnya dalam sejarah Apple, selepas dikilangkan dan dijual selama hampir 11 tahun tanpa banyak perubahan. 



Sebenarnya, syarikat Apple telah merancang untuk menamatkan siri Apple II selepas pengenalan komputer Apple III pada 1980. Malangnya, Apple III gagal dalam pasaran dan pengurusan Apple kemudian memutuskan untuk meneruskan pengeluaran Apple II atas kepentingan syarikat. Oleh itu, selepas terhenti selama tiga tahun setengah, komputer Apple IIe dilancarkan pada bulan Januari 1983 sebagai pengganti kepada Apple II Plus. Sesetengah ciri perkakasan dan perisian Apple III turut dipindahkan ke dalam reka bentuk komputer Apple IIe.
\
DeveloperApple Computer
TypeDesktop
Release dateJanuary 1983; 35 years ago
DiscontinuedNovember 1993
Operating systemApple DOS 3.3[1][2]
ProDOS
CPU6502 @ 1.023MHz
Memory64 KB RAM (up to 1 MB)
PredecessorApple II Plus
SuccessorApple //c

Comments

Popular posts from this blog

2019 Austin MotoGP, COTA - Race Results

Pesaing bersaing untuk menghentikan Hamilton dan Mercedes Di GP Austria

'Wanita tercepat di kendaraan roda empat' Jessi Combs tewas saat mencoba memecahkan rekor kecepatan daratnya sendiri